Rohingya jadi ‘ulat’ parkir di Petaling Street, minta RM20

1377

Isu pelarian Rohingya sehingga hari ini masih tiada kesudahan sehingga mengundang perdebatan dalam kalangan rakyat sendiri.

Ditambah ada dalam kalangan pelarian ini yang melanggar undang-undang negara dengan meminta sedekah, membuka kedai sendiri dan sebagainya. 



Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok berkongsi ada antara mereka berlagak samseng menjadi ulat parkir sekitar Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

“Rohingya berani ambil duit parking dekat KL, dah bagi peha nak betis pula,” tulis akaun TikTok @apek88luke.

Difahamkan, warga asing berkenaan mengenakan bayaran RM20 untuk setiap kenderaan yang ingin menggunakan kawasan parkir tersebut.

@apek88luke

Dah bagi peha nak betis plakk Rohingya ni..

♬ original sound – Apek88Luke – Apek88Luke

Dalam video berkenaan juga pemilik video sempat memberi amaran kepada lelaki Rohingya itu agar tidak merosakkan keretanya kerana enggan membayar caj parkir. 

Susulan perkongsian itu, netizen menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap warga asing yang menjalankan kerja secara haram.

“Ramai orang warga asing biasa je jalan imbi dan bukit bintang buat macam ini ,saya nampak ,siapa mahu tangkap,money king ,rakyat ambil tindakan boleh.”

“Kalau depa tu dah kutip duit tak dibagi, kereta tak selamat harap dibanteraslah mereka.”

“Diaorg dah berani, harapkan penguatkuasa..tunggu report kalau tak report tengok sajalah.”

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here