Pemandu teksi warga Indonesia raba polis wanita ditahan

634

Seorang pemandu teksi warga Indonesia ditahan selepas disyaki mencabul seorang anggota polis wanita di Medan Selera Cengkih, AU5 Lembah Keramat, Taman Melawati.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata kejadian berlaku pada 23 Januari lalu pada jam kira-kira 10.55 pagi ketika pengadu berumur 30 tahun sedang berdiri di tepi meja memilih kuih.

“Tiba-tiba suspek yang berada di belakang meraba punggung pengadu menggunakan tangan kiri.



“Mangsa menyoal tindakan tersebut namun suspek tidak mengaku dan menyalahkan pengadu kerana berdiri di kawasan sempit sambil memberitahu dia bersama isteri sedang bersarapan di tempat kejadian,” katanya.

Susulan itu, polis menerima aduan pada jam 12.45 tengah hari sebelum ke lokasi kejadian untuk menangkap suspek. Hasil siasatan suspek merupakan warga Indonesia 58 tahun bekerja sebagai pemandu teksi. 

Suspek direman selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Februari dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan tersebut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here