Curi Honda Civic Type (FK8R) ketika pandu uji, empat suspek ditahan

827

Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan polis selepas disyaki terbabit kes curi kenderaan dan menyamar sebagai penjawat awam.

Mereka ditahan dalam beberapa siri tangkapan di Selayang, Selangor serta Alor Setar dan Jitra, Kedah pada Ahad lalu dan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek yang berumur antara 30 hingga 41 tahun dengan dua daripadanya adalah pekerja bengkel dan penjaja makanan, manakala dua lagi tidak bekerja.



Beliau berkata, dalam kejadian pada 15 Februari lalu, mangsa berumur 26 tahun yang bekerja sebagai jurujual di pusat jualan kenderaan di Ampang, didatangi dua suspek yang menyamar sebagai pelanggan dengan menaiki sebuah Perodua Myvi.

Menurutnya, seorang daripada suspek yang memakai uniform lengkap seperti seorang anggota polis mengatakan mahu memandu uji Honda Civic Type R (FK8R) hitam.

“Suspek kemudian memandu uji kereta terkenaan, manakala mangsa (jurujual) duduk di bahagian penumpang hadapan.

“Apabila sampai di stesen minyak di Pandan Jaya, suspek meminta mangsa membelikan kad tambah nilai sebelum bertindak melarikan diri bersama kereta it selepas mangsa keluar dari kenderaan. la menyebabkan mangsa kerugian RM270,000,” katanya dalam kenyataan.

Selepas menerima laporan, polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan semua suspek pada tengah hari Ahad dan awal pagi tadi serta merampas sebuah Perodua Myvi berserta kunci yang digunakan ketika kejadian.

Polis menemui sebuah Honda, kunci dan pelbagai peralatan kenderaan dipercayai sudah dileraikan daripada Honda Civic Type R (FK8R) yang dicuri, sepasang uniform operasi Polis Diraja Malaysia serta beberapa peralatan lain.

Semua suspek direman hingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan dan Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar sebagai penjawat awam.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here