Berita baik peminat Royal Enfield di utara, kedai eksklusif baharu buka di Pulau Pinang

341

Buat peminat Royal Enfield di utara tanah air, ini berita baik untuk anda selepas pembukaan kedai eksklusif baharu jenama berkenaan di Pulau Pinang, Malaysia.

Kedai yang terletak 1681 G1, Jalan Perusahaan, 13600 Perai, Pulau Pinang. Ia bakal menawarkan akses yang lebih besar untuk pelanggannya di utara.

Bukan sahaja menjual motosikal dan servis, tetapi menawarkan jualan pakaian serta aksesori. Semuanya boleh didapati di bawah satu bumbung di kedai eksklusif itu.



Kedai eksklusif itu mempamerkan falsafah jenamanya “Pure Motocycling” dalam setiap aspek pengalaman pemilikan Royal Enfield.

Pengerusi Didi Group Rewi Hamid Bugo berkata, pihaknya berbesar hati mengumumkan bahawa mereka sudah mencapai pertumbuhan 500 peratus pendaftaran pada 2022. 

Baca juga artikel lain:

>> Royal Enfield Scram 411 – Segmen Urban Scrambler, harga bermula RM26,900

>> Gaya klasik teknologi moden – Royal Enfield Classic dan Meteor 350, harga bermula RM23,500

“Hasrat untuk meluaskan lagi, kami sudah membuka kedai eksklusif kedua dan lima kedai ‘pop-up’ dari selatan ke utara Malaysia dan Johor Bahru ialah kedai rasmi kami yang akan datang pada 2023.

“Ini akan menjadikan kami lebih dekat dengan pelanggan dan menyediakan akses mudah kepada jenama itu,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa akan melancarkan model motosikal baharu iaitu Hunter 350 pada 9 Mac 2023. Selain itu, Super Meteor 650 secara tentatif pada Julai 2023. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here