Elak bayar tol, Honda City ‘cucuk’ rapat hingga terlanggar bampar Proton X50

1171

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan pemandu Honda City mengelak membayar tol di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) menghala ke Subang Jaya.

Klip video yang dikongsi ole Joshua Lim di Facebook Dashcam Owners Malaysia itu menunjukkan Honda City berkenaan mengekori rapat Proton X50 yang dipandu Joshua di lorong SmartTag.



Ketika Joshua menghampiri palang tol boleh dilihat Honda City berkenaan meluru rapat sehingga terlanggar bampar belakang Proton X50 berkenaan sebaik melepasi palang. 

Susulan insiden itu, Joshua membunyikan hon tanda ‘marah’ namun dia tidak dapat mengejar Honda City tersebut kerana arah tujuan yang berbeza. 

Hasil semakan netizen difahamkan Honda City dengan nombor plat WB9453E itu memiliki 10 saman trafik tertunggak dan cukai jalan yang tamat tempoh. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here