MotoPlex kedua di Malaysia kini dibuka di Butterworth, Pulau Pinang

785

Didi Group melancarkan pusat pameran MotoPlex keduanya di Butterworth, Pulau Pinang yang menawarkan empat jenama di bawah satu bumbung membabitkan Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi.

MotoPlex Butterworth adalah kedai berkonsep dinamik dengan membawa rangkaian produk yang komprehensif dan pusat khidmat pelanggan. Ia bakal menjadikannya destinasi utama untuk penggemar dan peminat kenderaan bermotor dua roda.



MotoPlex Butterworth diuruskan GB Motorcycles Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik Didi Group selaku pengedar rasmi Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi di Malaysia.

Apa yang menariknya, ia menerapkan reka bentuk estetika Itali. Keluasannya ruang mencecah seluas 3,200 kaki persegi yang dibahagikan bilik pameran dan pusat servis.

Buat pemilik kenderaan jenama berkenaan, MotoPlex Butterworth turut memiliki pusat servis lengkapi dengan alat diagnostik canggih dan dikendalikan juruteknik terlatih.

Pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo berkata, kehadiran GB Motorcycles dengan memperkenalkan MotoPlex ini bakal membantu mengukuhkan lagi kedudukan dan meningkatkan jenama berkenaan di Malaysia. 

“Motoplex ialah tempat ikonik bagi Piaggio yang mempunyai pelbagai jenama di bawah satu bumbung.

“Secara tidak langsung, ia menawarkan rangkaian lebih luas kepada bakal pelanggan yang mencari pengalaman jentera dua roda jenama Itali,” katanya.

Sementara itu, Pengarah GB Motorcycles, Kheoh Hock Seng berkata, pihaknya berbesar hati untuk mempamerkan semua jenama premium Piaggio Group di MotoPlex Butterworth.

“Kami komited untuk melayani penunggang dengan penuh semangat dan dedikasi di kedai yang lengkap dengan pusat servis. Pastinya ia dikendalikan oleh juruteknik yang pengalaman.

“Kami bukan sahaja kedai motosikal, tetapi menawarkan kepada gaya hidup dan premium servis kepada pelanggan. Pelanggan boleh datang ke sini untuk menikmati gaya hidup dan budaya terlebih dahulu sebelum mereka memiliki jenama ini,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here