MotoPlex pertama dibuka di Malaysia, bilik pameran 4 jenama motosikal di bawah satu bumbung

1295

Piaggio Group melancarkan MotoPlex Petaling Jaya, iaitu bilik pameran pertama di negara ini yang menawarkan empat jenama motosikal membabitkan Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi di bawah satu bumbung.

Bilik pameran menawarkan rangkaian produk yang komprehensif dan pusat khidmat pelanggan untuk menjadikannya destinasi utama penggemar serta peminat kenderaan dua roda.

MotoPlex Petaling Jaya diuruskan oleh Goh Brothers Motorcycles Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh Didi Group, selain pengedar rasmi Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi di Malaysia. 



Tempat berkenaan direka dengan mengambil kira estetika gaya dari Itali, selain mempunyai ruang bilik pameran dan pusat servis yang dilengkapi alat diagnostik canggih serta dikendalikan juruteknik terlatih.

Setiap Motoplex menyediakan tawaran penuh jenama Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi di satu lokasi, bersama-sama dengan servis, aksesori dan barang dagangan (merchandise). Ia untuk memberi pelanggan gambaran yang menarik dan pengalaman unik dalam dunia kenderaan dua roda.

Bagi Piaggio Group, pelancaran itu menandakan peristiwa penting kerana ia menjadi MotoPlex pertama di Malaysia. 

Naib Presiden Kanan Asia Pasifik Piaggio Group, Simone Niccolai berkata pembukaan MotoPlex Petaling Jaya mencerminkan pengukuhan pesat rangkaian pengedaran syarikatnya.

“Kami sudah melihat kejayaan besar dengan konsep MotoPlex di peringkat global.

“Konsep ini sangat sesuai untuk pasaran Malaysia dan sejajar dengan rancangan pengembangan global Piaggio Group,” katanya.

GALERI GAMBAR: 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here