Periksa kenderaan: 9 perkara mudah ini sebelum pulang beraya

2988

Menjelang Hari Raya, pelbagai persiapan dilakukan. Rumah telah dibersihkan dan mungkin ada perabot diganti, dan baju raya untuk diri sendiri serta ahli keluarga telah dibeli. Tetapi pastikan perbelanjaan cukup untuk satu lagi aspek penting, iaitu periksa kenderaan atau kereta anda untuk pulang beraya.

Mungkin ada yang menaiki bas ekspres atau kapal terbang, tetapi untuk anda yang memandu, penjagaan dan pemeriksaan kenderaan adalah penting supaya anda dapat pulang ke kampung halaman dengan selamat.

Jadi, apa yang perlu diperiksa pada kereta sebelum balik kampung? Tak banyak mana pun, cuba periksa 9 perkara berikut agar anda tidak tersadai di pertengahan perjalanan nanti.

1Periksa lampu kenderaan

Periksa lampu kenderaan anda

Anda haruslah memastikan semua lampu dan sistem pencahayaan kenderaan berfungsi. Ini termasuklah lampu utama depan, lampu isyarat belok dan lampu belakang.

Lampu depan haruslah dilaras supaya berada pada sudut ketinggian yang betul. Untuk lampu belakang, boleh minta kawan atau ahli keluarga menekan brek dan anda berdiri di belakang untuk memastikan semua lampu menyala seperti sepatutnya.

2Periksa tayar kenderaan

Kami harap anda sedar bahawa hanya permukaan bersaiz empat tapak tangan yang menghubungkan kereta anda yang seberat hampir 1.5 tan dengan jalanraya.

Jadi, pastikan tayar berada dalam keadaan baik. Tekanan haruslah diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali, dan jika penanda pada “longkang” permukaan tayar sudah sama tinggi dengan bunga tayar, sudah sampai masa anda menukar ke tayar baru.

Untuk mandapat manfaat terbaik dari segi penggunaan, anda bolehlah rotate tayar depan ke belakang dan sebaliknya agar kehausan bunga tayar itu rata untuk semua empat tayar. Ini boleh dilakukan setiap 20,000km.

3Brek

Di luar, lihatkan sama ada terdapat kebocoran bendalir brek yang meleleh pada permukaan cakera brek. Di dalam ruang enjin pula, cari tabung bendalir brek dan lihat keadaannya.

Ia sepatutnya berwarna jernih dan berada pada takat yang betul. Jika mula keruh, lebih baik tukar dengan minyak brek baharu kerana melambatkan penukaran ini boleh mengurangkan keberkesanan brek dan kerosakan komponen lain dalam sistem brek.

4Pengelap cermin

Pengelap cermin. Imej: Amazon

Cukup mudah untuk ini. Selain memastikan semua bilah bergerak dengan baik, telitikan keadaan bilah getah atau silikon itu sama ada ia terlalu keras atau terdapat rekahan. Jangan lupa juga menambah cecair penyembur cermin. Boleh tambah air biasa sahaja atau dengan campuran air sabun.

5Penapis udara

Penapis udara jenis boleh dibasuh. Imej: KNN Filters

Jika kenderaan anda menggunakan penapis udara kertas, ia patut ditukar mengikut saranan buku manual atau penapis itu sendiri. Tetapi jika anda menggunakan penapis jenis boleh dibasuh, pastikan ia dibersihkan secara berkala.

Penapis udara yang baik akan memberikan udara yang bersih sahaja masuk ke enjin kenderaan anda seterusnya menjamin prestasi enjin berada pada tahap optima.

6Bateri

Imej: wellkeptwallet

Ramai orang kehabisan bateri di saat kritikal yang tidak disangka. Jadi untuk mengelakkan situasi ini, pemeriksaan dan penyelenggaraan bateri harus dilakukan.

Ia berbeza mengikut bateri sama ada jenis basah atau kering. Untuk jenis basah, anda tidak mahu paras air bateri berada di tahap terlalu rendah. Pastikan juga sambungan bateri di terminalnya bersih dari sebarang mineral, dan voltan bateri mencukupi.

7Palam pencucuh

Imej: NAPA Know How Blog

Palam pencucuh mempunyai beberapa jenis yang berbeza dari segi harga, prestasi dan ketahanannya. Ia patut ditukar mengikut panduan dan saranan dari pengeluar.

Palam pencucuh yang tidak ditukar akan kelihatan hitam di hujung matanya, dan akan mengurangkan prestasi enjin selain menambah penggunaan bahan api.

8Cecair radiator

Imej: Natrad

Penting juga untuk anda sentiasa memantau tahap cecair radiator kenderaan anda. Mungkin tidak perlu terlalu kerap jika kereta anda masih baru, tetapi untuk kereta yang lebih berusia, periksalah tahapnya sebulan sekali dan tambah jika perlu.

9Periksa minyak enjin kenderaan

Akhir sekali, minyak enjin. Ia patut ditukar setiap 5,000 hingga 10,000km bergantung kepada jenis minyak dan kenderaan anda. Petronas dengan rangkaian minyak Syntium mempunyai pilihan sintetik-penuh dan semi-sintetik untuk disesuaikan dengan jenis dan keperluan kenderaan anda.

Selain pemanduan seharian dalam trafik, perjalanan pulang beraya juga biasanya melibatkan kesesakan teruk dan ini meningkatkan suhu enjin dan komponen dalamannya.

Petronas Syntium dengan CoolTech diformulasikan untuk memberi perlindungan dari haba tinggi disebabkan pemanduan di negara kita. Ia juga direka sejajar dengan enjin turbo moden yang bekerja dalam suhu dan tekanan tinggi yang tidak dipaparkan pada papan pemuka kereta anda.

Untuk melindungi enjin kenderaan anda dari haba tinggi yang boleh memendekkan jangka hayatnya, Petronas menggunakan pengetahuan dan kepakaran yang diperoleh dari litar Formula 1 untuk diaplikasikan kepada kenderaan anda.

Berikut adalah rangkaian utama Petronas Syntium dan ciri-cirinya:

Petronas Syntium 3000 (sintetik-penuh) – 5W-30, 5W-40

 

  • Dengan High Temperature Oxidation Control untuk memberi kestabilan pelinciran untuk perlindungan enjin
  • Mengawal penyejatan bendalir dan mengelakkan kegagalan enjin dari penggunaan dan lusuh (wear and tear)

Petronas Syntium 800 (semi-sintetik) – 10W-30, 10W-40, 5W-30

 

  • Dengan High Temperature Oxidation Control untuk memberi kestabilan pelinciran untuk perlindungan enjin
  • Mengawal penyejatan bendalir dan mengelakkan kegagalan enjin dari penggunaan dan lusuh (wear and tear)

Petronas Syntium 500 (mineral dan semi-sintetik) – 10W-30, 15W-40

 

  • Dengan High Temperature Oxidation Control untuk memberi kestabilan pelinciran untuk perlindungan enjin
  • Pelinciran permulaan enjin yang cepat
  • Perlindungan dari pembentukan deposit dan enapan

Untuk maklumat lanjut dan senarai penuh Petronas Syntium, layari https://www.mymesra.com.my/PETRONAS_Lubricants-@-Lubricants.aspx.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here