Utama Berita Automotif Polis ‘sambut’ konvoi motor nak rai tahun baru di Langkawi, 473 kena...

Polis ‘sambut’ konvoi motor nak rai tahun baru di Langkawi, 473 kena saman

2361
Semalam tular video menunjukkan geng motosikal Yamaha RX-Z dan model lain disambut polis trafik sebaik tiba di Pulau Langkawi.
 
Hasrat mereka memasuki Pulau Langkawi untuk menyertai konvoi bermotosikal sempena sambutan tahun baharu nampaknya tidak kesampaian malah diberikan saman.
 

Menerusi akaun Facebook Polis Langkawi menunjukkan operasi yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jeti Tanjung Lembong itu menahan sekumpulan penunggang motor yang tiba di Kuala Perlis. 
 
Konvoi tersebut datang dari pelbagai kawasan seperti Lembah Klang, Terengganu, Kelantan dan Johor Bahru.
 
Hasil pemeriksaan sebanyak 473 buah motosikal disaman polis membabitkan 606 pelbagai kesalahan trafik yang mana majoritinya tiada nombor pendaftaran dan cermin sisi.
 
Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan pula mengeluarkan 104 notis saman dan sebuah motosikal disita.
 
 
Menurut Astro Awani, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, sebanyak 1,200 motosikal diperiksa oleh anggota PDRM dan JPJ dalam operasi itu.
“Mereka tiba menerusi tiga perkhidmatan feri penumpang dan kenderaan dari Kuala Perlis di Jeti Tanjung Lembung di sini iaitu pada 5 petang, diikuti jam 9 dan 11 malam tadi.
 
“Sebuah motosikal bukan sahaja tiada nombor pendaftaran, malah digantikan dengan tulisan ‘Langkawi Attack #JB_MARI’,” katanya.
 
Beliau berkata, kesemua penunggang telah diberi peringatan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya sepanjang berada di pulau berkenaan.
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here