Mat motor ini dihukum polis dengar bunyi ekzos ‘bising’, apa rasa?

2482

Siapapun tidak senang dengan suara ekzos motor yang nyaring dan bising. Bukan sahaja pencemaran bunyi malah ‘menyakitkan’ hati dan telinga orang lain yang berhampiran. 

Kisah tentang polis menghukum pemilik mendengar bunyi ekzos sambil terotel dipulas sebenarnya perkara biasa di negara jiran.

Bahkan awal tahun ini situasi berkenaan sekali lagi tular di Indonesia malah menjadi perdebatan dalam kalangan warga maya. Jika anda bertanya kepada kami, satu kata ‘rasakan, padan muka!’.



Cuma polis di Malaysia masih lagi ada budi bicara dan bertindak mengikut undang-undang. Namun, tindakan seorang polis tempatan ini melakukan hal yang sama merupakan satu langkah ‘pengajaran’ yang bijak.

Menerusi video empat saat tersebut, remaja lelaki itu dipaksa mendengar suara ekzos motornya. Remaja itu sendiri tidak tahan mendengar bunyi ekzos berkenaan dan cuba menutupi telinga. 

Hingga saat ini belum diketahui lokasi kejadian namun nombor plat motor itu menggunakan pendaftaran negeri Sarawak. 

Malah, tindakannya itu juga mengundang tawa dan pujian dalam kalangan pengguna Twitter. Antara komen yang dilontarkan:

 

Kompilasi video yang berlaku di Indonesia:

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here