Basikal Shiv TT milik Hafizh Syahrin untuk dijual, RM42,000 sahaja

4853

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin ini ingin menjual basikal kesayangannya iaitu jenis Shiv TT dengan harga RM42,000.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Hafizh menyatakan basikal itu dibeli beberapa tahun yang lalu, dengan nilai pasaran yang dikatakan mencecah lebih RM70,000.



Tambah Hafizh, basikal terbabit sering digunakan untuk beriadah terutama selepas berakhir perlumbaan di luar negara.

basikal hafizh syahrin

“Untuk dijual TT Shiv kepunyaan saya…hanya 200 kilometer dan dijual dengan harga RM42000.. kepada berminat boleh mesej saya. Jual sebab nak race (lumba),” katanya.

Perkongsian itu turut menimbulkan persoalan adakah Hafizh terdesak atau sekadar bergurau selepas dia menyatakan ingin menjual basikal sebab mahu berlumba.

Mengikut maklumat, basikal berkenaan dikeluarkan syarikat Specialized pada 2019 yang dikatakan lebih ringan daripada keluaran terdahulu dan mempunyai reka bentuk aerodinamik begitu baik.

Terdahulu, Hafizh mendapat perhatian ramai apabila pelumba itu ‘meletup’ menerusi Instagramnya dengan meluahkan kekecewaan apabila dikatakan isterinya, Noor Suzana Abdul Manaf ‘sangkut’ seterusnya tidak boleh terbang ke Itali.

Hafizh juga pernah menggunakan platform Instagram meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia terpaksa menjalani kuarantin di hotel dalam tempoh seminggu selepas pulang dari luar negara.

Dia yang menamatkan perlumbaan Moto2 Grand Prix (GP) Itali di kedudukan kesembilan, baru-baru ini juga pernah menyatakan terpaksa menggunakan wang saku sendiri untuk menampung perbelanjaan sepanjang menyertai kejohanan di luar negara.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here