Mercedes-AMG perli Porsche atas rekod Nurburgring

1477

Sudah menjadi kebiasaan ada rivalry atau seperti perang dingin antara pengeluar-penegeluar kenderaan Jerman. Ia bukanlah perkara buruk, sebaliknya akan membuatkan mereka sentiasa kompetitif.

Terbaharu, rivalry ini berlaku antara Mercedes dan Porsche. Melalui satu siaran media sosial Mercedes-AMG, mereka ‘memuji’ Porsche kerana memecahkan rekod kereta produksi di litar Nurburgring.



Porsche 911 GT2 RS dengan komponen Manthey Racing kini menjadi kereta produksi terpantas, rekod yang sebelum ini dipegang oleh Mercedes-AMG GT Black Series.

Dan sebab inilah Mercedes ‘memuji’ dengan nada sinis. Porsche menggunakan kereta dengan kit tambahan khas, manakala Mercedes menggunakan unit standard yang boleh anda beli di bilik pameran.

Nada siaran Facebook AMG itu sebenarnya memang mengucapkan tahniah, cuma jelas ia tetap memerli 911 yang bukan sepenuhnya stock. Perkara ini sebenarnya memang boleh mengundang debat di kalangan peminat kedua-dua jenama.

Tetapi hakikatnya, Manthey Racing pada 911 GT2 RS itu masih road-legal dan merupakan pakej tambahan yang boleh dipilih dari rangkaian aksesori Porsche Tequipment. Malahan ia turut datang dengan jaminan oleh Porsche.

Apa pun, kita semua faham. AMG GT Black Series itu betul-betul stock, manakala GT2 RS bukanlah stock sepenuhnya.

Rekod yang dibuat oleh Mercedes AMG GT juga tetap menakjubkan, mencatat masa pusingan dalam hanya 6 minit 43 saat. Dan untuk kereta berenjin depan (FR), tidak banyak yang mempunyai rekod seperti AMG GT ini.

Kali terakhir kereta dengan konfigurasi FR menduduki takhta di Nurburgring adalah Dodge Viper ACR dengan masa 7 minit 1 saat. Jadi, tiada apa pun yang perlu dimalukan oleh pihak Mercedes-AMG.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here