Hafizh Syahrin ‘sporting’ tunda motosikal Marc Marquez

2604

Biarpun menamatkan saingan di tempat ke-19 pada Grand Prix Jepun namun pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin ‘sporting’ tunda motosikal Marc Marquez mendapat pujian netizen.

 



Pelumba MotoGP negara itu, terpaksa berpuas hati dengan penamat di tempat ke-19. Jelas pelumba Red Bull KTM Tech 3 itu, segala-galanya berjalan dengan baik bermula pada pusingan pertama sehingga ke-18 tetapi mula berdepan masalah selepas itu.

“Saya bergelut pada lima pusingan terakhir. Saya terbabas di selekoh pertama dan apabila kembali ke litar saya kehilangan cengkaman.

“Tiada apa yang dapat saya lakukan lagi. Saya tidak dapat meraih keputusan lebih baik,” katanya pada perlumbaan dimenangi oleh juara dunia dari Repsol Honda, Marc Marquez.

Apapun, tindakan Hafizh Syahrin ‘sporting’ tunda motosikal Marc Marquez mendapat pujian peminat jentera dua tayar itu di serata dunia yang menulis pelbagai komen terhadap pelumba kebanggaan Malaysia itu.

Komen paling win adalah “Terima kasih @Hafiz_pescao55” dan tidak kurang juga peminat mendoakan Hafizh diambil untuk menyertai pasukan Honda pada musim 2020.

Marquez, juara dunia memenangi perlumbaan itu tetapi mengalami masalah bahan bakar sebaik menamatkan saingan dan terpaksa meminta bantuan pelumba lain di litar berkembar Motegi.

Ia kemenangan keempat pelumba Honda itu di litar mencabar itu selepas memulakan perlumbaan di petak utama.

Dia menamatkan perlumbaan dengan masa 32 minit 41.492 saat diikuti pelumba muda Perancis, Fabio Quartararo yang memacu Yamaha di tempat kedua manakala penunggang Ducati Andrea Dovizioso tiba 1.325 saat di belakang Marquez.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here