Duesenberg JN Convertible 1935 catat rekod jualan baharu, RM5.56 juta!

1033

Kenderaan klasik biasanya mendapat permintaan harga tinggi apabila dijual di suatu acara lelongan dan ia terbukti selepas Duesenberg JN Convertible mencatatkan jualan rekod baharu apabila dijual USD1.34 juta (RM5.56 juta).

Duesenberg JN Convertible 1935

Jualan kereta ini difahamkan memecahkan rekod lelongan termahal lelongan oleh syarikat Bring A Trailer. Rekod sebelumnya dipegang oleh Mercedes-Benz 300SL Gullwing 1956, yang dijual pada harga USD1.23 juta (RM5.12 juta) pada bulan Julai 2019.



Duesenberg JN Convertible 1935

JN Convertible ini dikuasakan oleh enjin 6.9-liter Lycoming lapan silinder sebaris yang mampu menghasilkan 256hp, serta digabungkan dengan transmisi manual 3-kelajuan. Output yang dihasilkan sangat luar biasa bagi sebuah kenderaan yang diperkenalkan pada 1930-an.

Untuk penampilan, bahagian luaran kereta klasik ini disertakan dengan warna biru tua, manakala ruangan dalam pula menampilkan kemasan kulit berwarna merah.

Duesenberg JN Convertible 1935

Roda 17-inci dengan kemasan krom turut disertakan, manakala roda ganti pula terdapat pada kedua-dua fender hadapan.

Individu yang berjaya memiliki Duesenberg JN Convertible 1935 ini akan disertakan dengan dokumentasi sejarah pemilikannya termasuk gambar lama kereta tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here