Bila Lamborghini hasilkan topeng muka, mesti eksotik macam keretanya!

2441

Automobili Lamborghini di Itali telah menukar kilang pengeluaran kereta sportsnya di Sant’Agata Bolognese menjadi pusat pengeluaran pelindung muka plexi dan topeng muka.

Topeng-topeng muka ini akan didermakan ke Hospital Sant’Orsola-Malpighi di Bologna untuk digunakan oleh petugas perubatan yang terlibat dengan pandemik Covid-19.



Sebanyak 1,000 topeng muka dan 200 unit pelindung muka plexi akan dikeluarkan sehari. Pengeluaran ini akan dibuat di kilang bahagian gentian karbon dan bahagian R&D (kajian dan pembangunan).

Topeng muka yang nampak eksotik ini dihasilkan oleh pekerja dari bahagian upholsteri atau bahagian kulit (yang biasa terdapat dalam papan pemuka dan kabin Lamborghini).

Aktiviti pengeluaran itu telah diluluskan oleh Emilia-Romagna Region dan dijalankan dengan kerjasama University of Bologna. Selain itu, Jabatan Sains Perubatan dan Pembedahan pula memantau ujian piawaian oleh Lamborghini sebelum diserahkan ke hospital.

Pengerusi dan CEO Automobili Lamborghini, Stefano Domenicali berkata, “Di saat genting ini, kami rasa perlu untuk membuat sumbangan.

“Hospital S. Orsola-Malpighi ialah satu institusi yang telah lama kami bekerja bersama melalui pelbagai projek dan program perundingan. Kami akan memenangi pertarungan ini dengan bersatu bersama pihak barisan hadapan dalam melawan pandemik ini,” katanya.

Sebagai simbol bersatu dan sokongan berdepan Coronavirus juga, setiap malam bangunan ibu pejabat Lamborghini itu dinyalakan dengan lampu hijau, putih dan merah iaitu bendera Itali.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here