Lamborghini tutup operasi kilang buat sementara waktu kerana virus Corona

2316

Lamborghini menutup kilangnya di Sant’Agata Bolognese, Itali, dan berkata operasi kilang itu akan ditutup buat sementara waktu sehingga 25 Mac.

kilang lamborghini
Kilang Lamborghini di Sant’Agata Bolognese

Hal ini dilakukan sebagai langkah pencegahan kepada virus Corona yang semakin tersebar luas. Kilang itu merupakan tempat penghasilan jentera Aventador, Huracan dan Urus.

Menurut CEO dan Pengerusi Automobili Lamborghini, keputusan tersebut dibuat sebagai langkah tanggungjawab sosial dan prihatin terhadap pekerja-pekerja ditengah-tengah penularan wabak virus Corona yang semakin membimbangkan. 



Itali adalah salah satu negara yang terjejas kerana virus serius ini, selepas China. Semua kedai, sekolah dan banyak banyak tapak kerja lain telah ditutup dan bahkan seluruh wilayah dikuarantin, termasuk wilayah Emilia-Romagna yang merupakan pusat pentadbiran Lamborghini.

Banyak syarikat lain yang berkaitan dengan industri automotif juga terletak di kawasan yang terjejas termasuk Fiat Chrysler, Ferrari dan Pagani. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here