Mansory Cabrera jadikan Lamborghini Aventador SVJ berkuasa 799hp

2801

Mansory terkenal dengan pengubahsuaian kereta berprestasi tinggi dan paling eksotik di dunia. Kini jentera dari Lamborghini iaitu Aventador SVJ pula ditala oleh syarikat dari Jerman tersebut.

Lamborghini Aventador SVJ

Lamborghini Aventador SVJ kini disertakan dengan kit yang dipanggil “Mansory Cabrera”. Ianya hanya direka untuk 3 buah Aventador SVJ dan kit ini direka sempena ulang tahun ke-30 Mansory.



Hadir dengan badan gentian karbon yang penuh, lebar pada jentera ini meningkat sebanyak 40mm, dan beberapa komponen baru disertakan bertujuan untuk membezakannya dari segi penampilan, penyejukan dan aerodinamik dari model standard.

Lamborghini Aventador SVJ

Ruangan pengaliran udara baru yang disertakan dapat membantu meningkatkan aliran udara ke radiator, sistem brek dan enjin. Gabungan diffuser berkembar dan spoiler belakang yang besar juga dikatakan untuk meningkatkan downforce ketika dalam kelajuan tinggi.

Enjin V12 naturally aspirated akan menghasilkan tambahan 30hp dan 59.6Nm tork berbanding model standard, menjadikan output kini pada 799hp dan 779.5Nm tork. Jentera ini juga berupaya memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa 2.6 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 354km/j.

Lamborghini Aventador SVJ

Cabrera juga dilengkapi dengan lampu baru untuk membezakannya dari model SVJ biasa. Terdapat juga sistem ekzos quad baharu, rim aloi Mansory 20-inci di hepan dan 21-inci di belakang dan kemasan gentian karbon yang diinspirasikan dari jet pejuang stealth F-117 Nighthawk.

Lamborghini Aventador SVJ

Ruangan dalam jentera ini disertakan dengan warna ‘Vento Verde’, selain menampakkan hiasan berbentuk anak panah dan kemasan ‘forged carbon‘ pada sesetengah tempat.  

Mansory walaubagaimanapun tidak mendedahkan harga sebenar kos untuk menukarkan penampilan Aventador SVJ kepada Mansory Cabrera, dan sekadar panduan, harga sebuah Aventador SVJ adalah bernilai sekitar $517,700 (RM2.2 juta). 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here