Kesan virus Corona: Grand Prix Bahrain dan Vietnam ditanggguh buat sementara waktu

1059

Selepas siri Formula 1 Australia 2020 dibatalkan sebelum jadual latihan dimulakan, kini dua siri berikutnya akan ditangguhkan. Grand Prix Bahrain dan Vietnam ditangguhkan kerana penyebaran luas virus Corona.

Sebelum ini, Grand Prix Bahrain dan Vietnam 2020 dirancang untuk terus diadakan mengikut jadual tanpa melibatkan penonton. Ia hanya akan disiarkan secara langsung melalui televisyen.



Tetapi pihak FIA dan penganjur perlumbaan bersetuju untuk menangguhkannya. Kemungkinan siri pembukaan Formula 1 musim ini akan diadakan pada bulan Mei di Eropah.

“Keadaan global mengenai COVID-19 yang sukar dijangka membuatkan kami perlu membuat keputusan yang tepat, dan kami memberi keutamaan kepada keselamatan semua orang,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1, Chase Carey.

Begitu juga, Presiden FIA, Jean Todt juga berkata fokusnya adalah pada keselamatan. Keputusan itu juga merupakan hasil input dan nasihat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here