KTM hentikan operasi kilang di Austria selama dua minggu

1600

Pierer AG Group, yang merupakan syarikat induk KTM, telah mengesahkan operasi kilang mereka di Austria dihentikan selama dua minggu dan telah mengarahkan para pekerja mereka untuk mengambil cuti.

KTM Austria

Hal ini dilakukan untuk mencegah penyebaran virus Corona di negara itu.



Banyak pasaran saham di dunia telah turun akibat dari virus serius ini. Selain itu, beberapa negara telah memperkenalkan sekatan pergerakan dan hal ini memberi kesan terhadap industri motosikal di dunia.

Hal ini juga menyebabkan Pierer Mobility yang juga memiliki Husqvarna dan GasGas telah menutup operasi mereka selama dua minggu, memandangkan gangguan bekalan dari utara Itali, yang kini berada dalam kuarantin.

Walau bagaimanapun, dengan penutupan kilang KTM di Austria ini, mereka memberi jaminan bahawa semua penghantaran akan dibuat bagi pelanggan yang telah membuat pesanan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here