Gadis cantik ini korban cita-cita guru tarian untuk jadi pemandu lori

4035

Gadis dari Jepun ini merupakan seorang pemandu lori bagi membantu menyara dirinya. Dikenali sebagai Rino, dia membuat keputusan mengorbankan cita-citanya untuk menjadi seorang guru tarian bagi menggantikan bapanya yang sakit.

 pemandu trak

Dia kemudian mengambil lesen yang membolehkannya mengendalikan jentera berat lalu menemani bapanya yang bertugas memandu lori dalam jarak jauh, dimana dia akan bergilir-gilir memandu bersama bapanya dan bertukar-tukar syif.



“Saya sebenarnya suka mengajar tarian tradisional kimono tetapi saya tidak sanggup membiarkan bapa saya yang sakit memandu seorang diri. Jadi, saya meninggalkan semuanya dan memilih untuk membantu bapa saya,” kata Rino.

 pemandu trak

Semenjak daripada itu, minatnya terhadap kerja ini bertambah sehinggakan dia berupaya memandu sendiri lori Volvo SR12.

Ramai orang termasuklah ibunya cuba memujuk Rino untuk tidak meneruskan kerjaya sebagai pemandu lori namun Rino tetap mahu meneruskannya.

Kini, dia sangat dikenali, terutamanya dalam industri logistik dalam talian sebagai pemandu lori paling cantik. “Saya hargai pujian yang diberikan tetapi harus diingat walaupun cantik, saya juga seorang yang kuat,” katanya.

Dia akan memandu lori Vovlo berkenaan sejauh 16,093km yang membawa barangan akuatik, buah-buahan dan sayur-sayuran untuk dihantar ke destinasi.

Dia berharap dirinya dapat memberi inspirasi kepada wanita lain untuk turut sama menceburi industri logistik dan pengangkutan.

 pemandu trak

Lazimnya, pemandu lori memainkan peranan yang amat penting kerana mereka menyediakan perkhidmatan dengan menghantar barangan dalam jarak yang jauh melalui jalan darat, kebiasaannya daripada industri pertanian kepada pusat pengagihan.

Perjalanan yang panjang memakan masa selama beberapa jam di atas jalan raya membuktikan bahawa seseorang pemandu lori berkenaan harus berupaya menjalankan tanggungjawab daripada aspek mental dan fizikal dengan baik.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here