Volvo buka 3S pertama dengan VR Studio di Ara Damansara

1452

Volvo Car Malaysia bersama rakan kongsinya Sime Darby Swedish Auto telah merasmikan pembukaan Volvo 3S terbaharu di Ara Damansara. Pusat 3S itu merupakan salah satu dari jenama-jenama yang berhimpun di Sime Darby Motors City.

Fasiliti 4-tingkat yang canggih itu juga menempatkan standard jualan Volvo Car iaitu Volvo Retail Experience (VRE), yang juga cawangan pertama dilengkapi VR Studio. Ia membolehkan pelanggan merasai pengalaman unik berinteraksi dengan produk-produk Volvo.



Selain itu, pusat 3S Ara Damansara ini direka untuk memberikan pengalaman mewah kontemporari dengan ruang pameran di tingkat bawah lengkap dengan kawasan perincian (detailing) kereta di tingkat 2 dan 3. Sementara itu, tingkat 4 pula menempatkan ruang penjajaran dan pengimbangan tayar.

Menyokong pusat servis ini ialah 8 orang wakil selepas jualan yang terlatih dan 8 ruang servis yang dikenali sebagai “Reception at the Counter”.

Semua ruang parkir pelanggan juga dilengkapi dengan pengecaj elektrik yang selaras dengan matlamat Volvo untuk mencapai kemandirian alam sekitar dengan membawa teknologi tenaga mesra alam.

Sime Darby Motors ialah salah satu kumpulan automotif terbesar di rantau Asia Pasifik dan kumpulan terulung dalam jenama mewah dengan pengalaman lebih 40 tahun.

Volvo Ara Damansara ini terletak di Block 6, Sime Darby Motors City, 6 Jalan PJU 1A/7, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

Ia dibuka dari jam 8:30 hingga 6:00 petang untuk Isnin hingga Jumaat), 9:00 hingga 6:00 petang untuk Sabtu dan 10:00 pagi hingga 6:00 petang untuk Ahad dan cuti umum. Pusat servis pula dibuka dari Isnin hingga Sabtu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here