JPJ hadiah kereta ‘scrap’ untuk tujuan pembelajaran

1994

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis menyumbangkan tiga kereta import lucut hak (scrap) kepada tiga institusi pendidikan di Perlis bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Pengarahnya Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, penyerahan tiga kereta terbabit mampu memberi pendedahan dan pembelajaran kepada pelajar mengenai teknologi dalam industri automotif.



“Ketiga-tiga kereta import berkenaan adalah kategori kenderaan sita ‘scrap’ yang tidak boleh didaftarkan secara sah dengan JPJ atau kereta yang diklonkan yang akan dilupuskan.

“Bagaimanapun, JPJ Perlis menyumbangkannya bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran pelajar automotif di peringkat menengah dan sijil kemahiran,” katanya.

kereta scrap

Fatimah berkata, selain pemberian kereta ‘scrap’ kepada institusi pendidikan, pihaknya juga berharap penyerahan terbabit dapat memberi manfaat kepada pelajar pada masa hadapan.

“Secara tidak langsung pihak JPJ bersama pengurusan kolej dapat bekerjasama mengekang pelajar daripada terbabit dalam aktiviti tidak bermoral di jalan raya. Selain meningkatkan kesedaran mereka akan keselamatan jalan raya,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here