Volkswagen sasar penyimpanan tenaga sebanyak 350 gigawatt dalam bateri kereta elektrik

1056

Jenama pengeluar kereta dari Jerman, Volkswagen ingin menghasilkan kapasiti simpanan sebanyak 350 gigawatt dalam bateri kereta elektrik mereka.

Volkswagen  bateri kereta elektrik

Ketua bahagia strategi, Michael Jost berkata bahawa Volkswagen merancang untuk memperuntukkan 25% dari hasil jualan mereka dari kenderaan elektrik menjelang tahun 2025.



Ianya juga mensasarkan penghasilan 350 gigawatt per jam dalam kapasiti simpanan bateri kereta elektrik Volkswagen menjelang tahun 2025 dan 1 terawatt menjelang tahun 2030.

“Menjelang tahun 2025, kami akan mempunyai simpanan tenaga sebanyak 350 gigawatt sejam berdasarkan kapasiti simpanan kereta elektrik kami. Antara tahun 2025 dan 2030, kapasitinya akan bertambah menjadi 1 terawatt sejam”, kata Jost.

“Tenaga yang banyak itu dihasilkan oleh stesen janakuasa hidroelektrik di dunia. Kami boleh menjamin bahawa tenaga akan digunakan dan disimpan, dan hal ini akan menjadi era baru kepada perniagaan kami.”

Untuk melancarkan rancangan ini, Volkswagen bekerjasama dengan syarikat utiliti Jerman E.ON, yang sebelum ini bekerja dengan Nissan untuk membangunkan perkhidmatan kenderaan ke rangkaian (V2G).

Untuk maklumat, Volkswagen sudah mempunyai kenderaan elektrik yang dilancarkan pada awal tahun 2020, iaitu, ID: 3. Harga jentera ini adalah sekitar €24,000 (RM114,718) di Jerman.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here