New York International Auto Show 2020 tetap diteruskan walaupun diancam oleh virus Corona

1165

Selepas acara Geneva Motor Show 2020 dibatalkan kerana ancaman virus Corona, para pegawai dari New York International Auto Show menyatakan bahawa acara mereka akan diteruskan seperti yang dijadualkan. 

Selaras dengan kenyataan ini, dikatakan seramai 11 orang di New York positif dijangkiti wabak Covid-19, meningkatkan jumlah keseluruhan mangsa virus ini kepada 22 orang.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan, penganjur New York International Auto Show 2020 mendedahkan bahawa pusat konvensyen Jacob K. Javits – di mana pameran itu akan diadakan – telah membuat langkah baru untuk membantu mencegah penyebaran virus itu.

Pusat konvensyen Jacob K. Javits telah memasang 70 tempat pembersihan tangan di seluruh pusat konvensyen untuk membolehkan pelawat selalu membersihkan tangan mereka.

Selain itu, pihak penganjur juga menyediakan pasukan paramedik yang dilatih khas di lokasi sebagai langkah berjaga-jaga. Penganjur juga melaksanakan piawaian baru kepada semua syarikat yang terlibat untuk menggunakan pembersih pembasmi kuman yang akan disediakan.

New York International Auto Show

Untuk maklumat, bukan sahaja pameran automotif, virus Corona juga telah mengakibatkan pembatalan beberapa acara seperti Formula 1, Formula E China dan acara pembukaan MotoGP 2020 di Qatar dan MotoGP di Thailand. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here