JPJ nafi dakwaan kenaikan harga cukai jalan

1757

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyangkal dakwaan kononnya kerajaan akan menaikkan harga Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan.

cukai jalan

Dalam satu kenyataan, jabatan itu menegaskan tiada sebarang perubahan harga LKM seperti dakwaan yang tular di media sosial ketika ini.



“JPJ ingin menegaskan bahawa harga LKM adalah masih sama seperti sedia ada dan tiada sebarang perubahan harga seperti yang didakwa.

“Sehubungan itu, JPJ menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang maklumat yang tidak benar tanpa merujuk kepada sumber yang sahih,” jelas kenyataan itu

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here