Tiada kompromi terhadap kenderaan asing dari Thailand – Pengarah JPJ

1605

Tiada kompromi untuk mana-mana kenderaan asing yang keluar masuk negara ini, jika gagal mematuhi undang-undang jalan raya, tegas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah.

kenderaan asing

Beliau berkata, JPJ Perlis sentiasa melakukan pemantauan dan membuat rondaan secara berkala setiap hari bagi mengesan kenderaan asing yang melanggar undang-undang dan peraturan seperti yang diperuntukkan mengikut Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Peredaran Antarabangsa) 1967 dan Akta Pengangkutan Jalan 1967.



Pemantauan dibuat di kawasam dua pintu sempadan yang menghubungkan negeri itu iaitu di Wang Kelian dan Padang Besar. Ini untuk memastikan kesemua kenderaan asing ini sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Pengangkutan yang didalangi warga asing itu bukan hanya mengambil dan menghantar penumpang sekitar Padang Besar, malah menawarkan perkhidmatan kepada pekerja restoran makanan Thai di luar Perlis seperti Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan bagi memperbaharui pas lawatan sosial mereka di Padang Besar.

Ia telah menjejaskan pendapatan pemandu teksi tempatan.

Pemandu asing yang memandu kenderaan asing ini tidak dibenarkan menyalahgunakan Permit Edaran Antarabangsa (ICP) untuk membawa penumpang dan menjadikan perkhidmatan van mereka sebagai van penumpang atau kenderaan perdagangan.

Katanya sepanjang tahun lalu, JPJ Perlis telah mengambil tindakan undang-undang terhadap 586 kenderaan dari negara jiran atas kesalahan melanggar peraturan yang dikuatkuasa di negara ini.

Kesalahan tertinggi adalah melanggar syarat ICP yang melibatkan 482 kes dan penguatkuasan terhadap kesalahan itu diperkasakan pada tahun ini, katanya.

Fatimah berkata, antara kesalahan yang dicatat sepanjang 2019 adalah tidak mempunyai atau tamat tempoh sah lesen memandu kompeten (CDL) iaitu sebanyak 27 kes, tiada insurans (14 kes), kesalahan nombor pendaftaran (14 kes) dan kesalahan teknikal (tiga kes).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here