Utama Berita Automotif Bermaz XPENG lancar X9 facelift baharu, harga bermula RM279,888

Bermaz XPENG lancar X9 facelift baharu, harga bermula RM279,888

8

Bermaz XPeng Sdn Bhd melancarkan XPENG X9 serba baharu untuk pasaran Malaysia, sebuah MPV elektrik tujuh tempat duduk premium.

Model ini tampil dengan pelbagai penambahbaikan dari segi keselesaan, teknologi pintar dan keupayaan pengecasan pantas.

XPENG X9 ini sudah dibuka untuk tempahan bermula hari ini, dengan harga dari RM279,888.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bermaz Auto Berhad, Datuk Seri Francis Lee berkata, pengenalan X9 baharu menjadi sebahagian strategi XPENG dalam memperluaskan teknologi mobiliti pintar berasaskan AI, selain menyokong perancangan pemasangan tempatan (CKD) di fasiliti EPMB Melaka pada masa hadapan.

XPENG X9 mengekalkan identiti reka bentuk futuristik dengan bahagian hadapan Robot Face yang menjadi identiti model berkenaan.

Bagi model baharu ini, XPENG menambah pintu hadapan soft-close berkuasa bagi meningkatkan kemudahan penggunaan harian.

Bahagian dalaman kabin pula, pelanggan boleh memilih warna dalaman Coffee, Meteorite Black atau Rose Brown baharu yang dipadankan dengan tona putih.

X9 turut menerima stereng ultra-fiber baharu, paparan Head-Up Display bersaiz 21 inci serta sistem audio X-Opera dengan 27 pembesar suara.

XPENG turut melakukan beberapa penambahbaikan untuk menjadikan X9 lebih mesra keluarga.

Barisan kedua memiliki konfigurasi tempat duduk lipatan 40:60 lebih fleksibel untuk membawa kerusi kanak-kanak, stroller atau barangan besar.

Tempat duduk barisan ketiga pula dilengkapi fungsi pemanas tempat duduk.

Peti sejuk pintar dengan fungsi child-lock turut disediakan bagi meningkatkan aspek keselamatan dan kemudahan sepanjang perjalanan jauh.

Model ini dibangunkan menggunakan platform voltan tinggi 800V SiC dan menyokong teknologi pengecasan 5C Supercharging.

Varian Standard Range menggunakan bateri LFP berkapasiti 94.8 kWh yang menawarkan jarak pemanduan sehingga 535 km (WLTP).

Ia mampu dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam masa 12 minit dengan kuasa pengecasan maksimum 537 kW.

Untuk varian Long Range dan AWD Performance, kedua-duanya menggunakan bateri NCM berkapasiti 110 kWh.

  • Long Range – jarak sehingga 615 km (WLTP)
  • AWD Performance – jarak sehingga 580 km (WLTP)

Kedua-dua varian ini menyokong pengecasan 10 hingga 80 peratus dalam tempoh 12 minit dengan kuasa pengecasan maksimum 542 kW.

Varian Standard Range dan Long Range menggunakan konfigurasi pacuan roda hadapan (FWD) dengan motor elektrik berkuasa 235 kW dan tork 450 Nm.

Varian AWD Performance pula menghasilkan kuasa 370 kW (496 hp) dan tork 640 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 5.9 saat.

Semua varian mempunyai kelajuan maksimum 200 km/j.

Selain itu, setiap varian dilengkapi sistem stereng roda belakang aktif (Active Rear Wheel Steering) serta suspensi udara dua ruang pintar bagi meningkatkan keselesaan dan pengendalian.

XPENG X9 baharu menggunakan cip XPENG Turing AI yang mampu memproses sehingga 750 TOPS (trillion operations per second), membolehkan sistem bantuan pemandu XPILOT Assist beroperasi dengan lebih pantas dan tepat.

Sistem keselamatan dan bantuan pemandu merangkumi:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Lane Centering Control (LCC)
  • Intelligent Speed Limit Assist (ISLA)
  • Auto Parking Assist (APA)
  • Remote Parking Assist (RPA)
  • Remote Vehicle Summon (RVS)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
    Blind Spot Detection (BSD)
  • Lane Keep Assist (LKA)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • 360-Degree Camera
  • Transparent Chassis View

XPENG turut melengkapkan X9 dengan sembilan beg udara sebagai ciri keselamatan standard.

Harga jualan bagi Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:

  • XPENG X9 Standard Range – RM279,888
  • XPENG X9 Long Range – RM297,888
  • XPENG X9 AWD Performance – RM333,888

Semua varian didatangkan dengan waranti pengeluar selama lima tahun atau 120,000 km, waranti bateri serta motor elektrik selama lapan tahun atau 160,000 km, selain servis percuma selama lima tahun atau 100,000 km.

Spesifikasi Ringkas XPENG X9 AWD Performance

  • Motor: Dwi motor AWD
  • Kuasa: 370 kW (496 hp)
  • Tork: 640 Nm
  • Bateri: 110 kWh NCM
  • Jarak Pemanduan: 580 km (WLTP)
  • Pecutan 0-100 km/j: 5.9 saat
  • Kelajuan Maksimum: 200 km/j
  • Pengecasan DC Maksimum: 542 kW
  • Pengecasan 10-80%: 12 minit
  • Tempat Duduk: 7 penumpang

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here