Sebab mengapa tayar MotoGP tidak boleh digunakan pada motosikal harian

6018

Hampir semua teknologi terbaik dalam dunia automotif dua roda dipasang pada motosikal MotoGP, termasuk tayar. Malah, pembekal semasa, Michelin, terus membangunkan produknya.

Sebelum ini, tayar yang digunakan dalam perlumbaan MotoGP dibekalkan oleh pengeluar Jepun, Bridgestone. Namun, kedua-duanya memberikan tayar berkualiti dan terbaik untuk digunakan pada motosikal Valentino Rossi dan saingannya.



Tetapi, komponen ini tidak pernah dipasang pada motosikal harian. Rupa-rupanya, jika ia digunakan, boleh mendatangkan bahaya pada motosikal harian biasa.  

Ini kerana bunga pada tayar berfungsi untuk mengalirkan air apabila motosikal bergerak pada jalan basah atau lopak air. Sedangkan, tayar yang “botak” boleh kehilangan daya cengkaman atau daya tarikan di permukaan jalan raya.

tayar khas yang digunakan pada cuaca hujan

Di samping itu, tayar MotoGP yang “botak” juga hanya digunakan apabila cuaca panas. Walau bagaimanapun, semasa wet-race atau perlumbaan yang basah, para pelumba akan menggunakan tayar khas yang mempunyai bunga tayar.

Fungsinya adalah sama, untuk menyalurkan air keluar dari tayar dan memaksimumkan daya cengkaman. Sudah tentu, corak bunga tayar juga dibuat secara khusus supaya ia boleh berfungsi secara optimum.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here