Akibat parkir sesuka hati, Mini Cooper terima nota berbentuk tuala wanita

1618

Siapa yang tidak marah kalau kita sudah parkir kereta dengan baik, tetapi ada pemandu lain parkir dengan sesuka hati iaitu ‘double park’ dengan menghalang kereta kita daripada keluar.

parkir sesuka hati

Seorang wanita bernama Natasshea Rozario berkongsi di laman Facebook mengenai pengalaman apabila ternampak seorang wanita yang tidak berpuas hati apabila seorang pemandu parkir secara sesuka hati dengan meletakkan kereta secara salah berdekatan dengan kenderaannya.



Menurutnya, kereta jenis Mini Cooper itu diparkir dengan cara salah iaitu diletakkan berdekatan dengan dinding. Tindakan ini menghalang sebuah lagi kereta diparkir secara elok di situ.

Pemilik kereta itu kemudiannya mengambil tuala wanita dan menulis ‘park properly’ (parking elok-elok) sebelum menampal di cermin hadapan kereta Mini Cooper berkenaan.

Posting itu mendapat pelbagai respon daripada netizen dimana ramai berasa kagum dan lucu terhadap tindakan yang dilakukan malah ada juga yang ingin melakukan perkara sama sekiranya berada dalam situasi tersebut.

Kesimpulannya, jika sesuatu tempat itu susah untuk mendapatkan tempat parkir, para pengguna mesti mengelakkan dari parkir merata-rata. Ini sekaligus akan menyusahkan para pengguna kenderaan yang lain.

Setidaknya tinggalkan nombor telefon atau turunkan brek tangan untuk memudahkan pengguna kenderaan yang lain menghubungi atau mengalih kenderaan anda.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here