Pusingan 4 Toyota Gazoo Racing di Sepang akan diadakan secara tertutup

1407

UMW Toyota Motor telah mengumumkan hari ini bahawa Pusingan 4 Musim 3 untuk Toyota Gazoo Racing yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang minggu depan akan diadakan secara tertutup.

Keputusan itu dibuat kerana UMW mengambil kira tahap kesihatan dan keselamatan semua krew, pelumba dan pasukan, serta rakyat Malaysia secara amnya.



Acara perlumbaan pusingan akhir untuk musim ini tidak akan dibuka kepada awam, sebaliknya hanya kepada krew, pelumba dan pasukan untuk melengkapkan musim ketiga ini.

Pada hari acara nanti, penganjur juga akan mengadakan ujian saringan kesihatan kepada semua pihak terlibat sebelum memasuki kawasan perlumbaan.

Chief Motorsports Officer UMW Toyota Motor, Akio Takeyama berkata: “Kami percaya bahawa peminat akan menghargai situasi ini. Semua perlumbaan masih akan disiarkan secara langsung di akaun-akaun Toyota Malaysia di Facebook dan Youtube.

“Kami juga menjemput semua penonton dan peminat untuk menyokong pelumba dan selebriti pilihan mereka melalui siaran langsung itu,” tambahnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai TGR Festival, layari toyota.com.my/tgrmalaysia/ .

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here