Tayangan Fast and Furious 9 ditunda kerana COVID-19

1269

Universal Studios telah menetapkan untuk menangguhkan tayangan francais ke-9 siri Fast and Furious.

Pengumuman ini dibuat sehari selepas Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) mengisytiharkan wabak COVID-19 sebagai pandemik global.

Tarikh asal tayangan filem itu sepatutnya pada Mei tahun ini, tetapi ia telah ditunda kepada April 2021.



Perkara ini juga disahkan oleh Vin Diesel yang memegang watak Dominic Toretto, yang membuat pengumuman itu di media sosial. Dia juga meminta maaf di atas sebarang “kekecewaan” dari perkara ini.

Dia memberitahu peminatnya: “Kami merasakan sokongan dan keterujaan anda untuk kisah seterusnya dalam saga kami.

“Sebab itulah ianya sukar bagi kami untuk memberitahu kepada anda bahawa kami terpaksa menunda tarikh tayangan filem itu. Jelas sekali bahawa ia tidak mungkin dapat ditonton pada Mei ini.

“Walaupun kami tahu ianya menjadi kekecewaan kerana terpaksa menunggu lebih lama, keputusan ini dibuat atas faktor keselematan semua orang kerana ianya menjadi keutamaan kami,” tambahnya.

Filem Fast and Furious 8 sebelum ini telah mendapat antara kutipan tertinggi pada tahun itu. The Fate of the Furious yang ditayang pada 2017 mengutip lebih dari USD1.2 bilion (RM5.15 bilion) seluruh dunia.

Ia menjadikan filem itu menduduki tangga ketiga tahun berkenaan, di belakang Beauty and the Beast dan Star Wars: The Last Jedi.

Beberapa filem berprofil tinggi turut membuat keputusan sama, termasuklah James Bond, No Time To Die yang mengubah tayangannya dari April ke November.

Panggung wayang masih ditutup di negara-negara seperti Itali, Korea Selatan dan China, dimana virus itu mula merebak di Wuhan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here