Kereta diservis minyak tulen, berkualiti, pengalaman servis mantap di Petronas AutoExpert [+video]

2880

Setelah tamat tempoh jaminan/waranti dari pengeluar, rata-rata dari kita akan memilih untuk menghantar servis dan selenggara kenderaan di bengkel biasa. Ini dikenali dengan “servis luar”.

Ini mungkin kerana faktor kos upah lebih rendah, lokasi lebih dekat dan mudah atau sebab-sebab lain.

Tetapi selain dari pusat servis rasmi, menghantar servis kenderaan di luar tidak menjamin kenderaan anda dijaga dan dikendali dengan rapi, melainkan pemilik premis berkenaan merupakan rakan anda. Ya, bukan semua bengkel begini, cuma ia risiko yang anda perlu pertimbangkan.



Lebih buruk lagi, jika alat ganti seperti minyak pelincir dan pelapik brek yang tidak asli digunakan. Alat ganti seperti ini dikira sebagai komponen kritikal yang mana jika tidak diambil perhatian, boleh mengundang bahaya kepada diri anda, kenderaan dan poket anda.

Walaubagaimanapun, jika anda tidak mahu lagi servis di pusat servis rasmi, tetapi mahukan pengalaman lebih baik dari bengkel biasa, maka Petronas AutoExpert mungkin untuk anda.

Ia menawarkan pakej dan pilihan di antara dua jenis pusat servis yang disebut di atas.

Petronas AutoExpert diperkenalkan dengan kerjasama Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) dan Petronas Lubricants International (PLI) bersama bengkel-bengkel dan pusat servis terpilih yang dilantik khas.

Mula diperkenalkan pada April 2019, Petronas Auto Expert kini mempunyai lebih 10 cawangan di Lembah Klang semasa artikel ini ditulis.

Pengalaman di Petronas AutoExpert

Penulis telah menghantar kereta penulis sendiri, iaitu Proton Satria Neo 1.6 CPS ke salah satu cawangan Petronas AutoExpert di Bandar Bukit Raja, Klang.

Tanggapan awal ialah penyerahan kunci dibuat dengan cepat, layanan staf yang mesra dan suasana pusat servis yang bersih dan teratur.

Tambahan lagi, di tingkat atas terdapat ruang menunggu yang sangat selesa seperti di pusat servis rasmi! Lengkap dengan ruang menonton TV, WiFi, tempat mengecaj telefon pintar, pantri, ruang solat, dan tandas.

Bolehlah menunggu dengan selesa sambil menonton TV dan minum kopi panas. Layan diri ya!

Produk tulen dan layanan mesra

Segala produk bendalir dan cecair seperti minyak enjin adalah produk berkualiti dari Petronas yang tulen, usah risau bab ini.

Selain dari servis itu, setiap kenderaan yang dihantar servis di sini akan melalui pemeriksaan 23-poin seperti sistem brek, tayar, suspensi, kebocoran hos dan salur, lampu, dan sebagainya.

Penulis memilih untuk gunakan Petronas Syntium 3000 5W-30 sintetik sepenuhnya. Ini kerana sepanjang tempoh 6 tahun penulis gunakan kereta ini, ia hanya diservis dengan Petronas Syntium. Cuma sekali sahaja diservis dengan minyak lain kerana dapat pakej servis percuma.

Dari segi staf dan mekanik, mereka dilihat bekerja dengan cukup cermat dan teliti terhadap kereta-kereta di situ termasuklah kereta penulis.

Mereka juga turut melayan dan menjawab segala pertanyaan yang dikemukakan penulis. Harus juga dipuji kerana mereka sudi memeriksa komponen lain yang penulis tanyakan, seperti salur dari pam bahan api menuju ke enjin, walaupun komponen ini tidak termasuk dalam senarai pemeriksaan.

Tetapi ya lah kan, kalau kita hantar servis kereta, pasti kita tunggu sahaja di ruang menunggu yang selesa sambil menonton TV atau menghadap Facebook hingga kereta siap.

Berbaloi?

Dari segi harga, pada RM180 untuk minyak pelincir Petronas sintetik sepenuhnya, upah dan pemeriksaan 23-poin, ia cukup berbaloi.

Harga ini lebih sedikit dari bengkel biasa, tetapi lebih rendah dari kebanyakan pusat servis rasmi.

Dan untuk itu, penulis rasakan ia cukup berbaloi. Ini kerana selain dari produk Petronas tulen yang berkualiti dan staf terlatih, anda juga dapat pengalaman servis yang unik. Ibaratnya anda dan kereta bersama-sama mendapat pakej servis terbaik untuk harga yang dibayar.

Walaubagaimanapun, terdapat tiga julat harga untuk kategori kereta berbeza, iaitu kereta tempatan, kereta Asia dan Eropah. Perbezaan harga ini adalah kerana faktor kos alat ganti yang berbeza.

Jadi, jika sayangkan dan mahukan yang terbaik untuk kereta anda, bolehlah berkunjung ke mana-mana cawangan Petronas AutoExpert berdekatan. Boleh rujuk senarai cawangan di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Petronas Auto Expert, sila hubungi En. Dhiyauddin Abdullah di email dhiyauddin@plmm-petronas.com.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here