Lebih cawangan Petronas Auto Expert untuk servis kenderaan anda

2722

Siapa yang tidak sayangkan kenderaan mereka, dan pasti anda mahu servis terbaik agar kereta anda dapat terus berkhidmat dengan cemerlang.

Untuk itu, Petronas kini sedang giat memperkembangkan rangkaian Petronas Auto Expert. Sehingga November 2019, sebanyak tujuh cawangan telah dibuka di kawasan Lembah Klang.



Rangkaian Petronas Auto Expert itu dibangunkan oleh Petronas Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd dan mula diperkenalkan pada April lalu.

Sambutan terhadap Petronas Auto Expert sangat memberangsangkan setakat ini dan turut menyumbang kepada pertambahan jualan minyak pelincir Petronas Syntium.

 

Di Petronas Auto Expert, pelanggan dijamin akan menerima perhatian sepenuhnya dari pakar mekanik terlatih beserta penggunaan alat teknologi terkini dari awal diagnosis, penukaran minyak pelincir, pemeriksaan brek dan sebagainya. 

Berikut adalah cawangan PETRONAS Auto Expert sehingga November 2019:

  1. PETRONAS Auto Expert Shah Alam Seksyen 15
    No 43, Jalan 15/23, Seksyen 15, Tiong Nam Industrial Park, 40200 Shah Alam, SELANGOR 
  1. PETRONAS Auto Expert Seri Kembangan
    No 1, Jalan BPP 5/2, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, SELANGOR

3. PETRONAS Auto Expert Sri Manja
No 1, Jalan Sri Manja 12,  Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, SELANGOR

4. PETRONAS Auto Expert Sri Batu Caves
No 20, Jalan SBC5,  Taman Sri Batu Caves, 68100 Batu Caves, SELANGOR

5. PETRONAS Auto Expert Semenyih
No 4G, 6G & 8G, Jalan 5/11,  Bandar Rinching, 43500 Semenyih, SELANGOR

6. PETRONAS Auto Expert Kajang
No 23G, Jalan Putra 2,  Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, SELANGOR

7. PETRONAS Auto Expert Bandar Bukit Raja
No 7-1A, Persiaran Astana,  Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, SELANGOR

Untuk maklumat lanjut mengenai Petronas Auto Expert, sila hubungi En. Dhiyauddin Abdullah di email dhiyauddin@plmm-petronas.com.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here