Volvo XC90 2020 lebih segak, lebih selamat, lebih cekap

3322

Volvo Car Malaysia telah membawakan versi dikemaskini SUV besar mereka, iaitu Volvo XC90 2020.

SUV yang telah memenangi pelbagai anugerah itu menerima penggayaan semula yang halus, berserta penambahan ciri dan kelengkapan.



Anda boleh membezakan XC90 2020 ini dengan XC90 sebelum ini melalui gril depan baharu dengan bilah melengkung seperti S90, bahagian bawah bampar yang direka semula, kemasukan udara depan rekaan baharu dengan krom, kemasan krom belakang lebih lebar dan rekaan rim baharu.

Di dalam, sistem infotainmen Sensus telah dipertingkatkan dan menyokong Apple CarPlay, Android Auto serta pelayaran muzik Spotify.

Untuk model T8, kapasiti bateri telah dipertingkatkan dari 10.4kWh kepada 11.6kWh, memberikan jarak pemanduan elektrik (EV) kepada 50km. Tombol gear Orrefors yang menawan itu juga telah direka semula.

Model T5 pula kini menerima penghawa dingin di barisan ketiga dengan corong di tiang-C, Road Sign Information System dan sistem penghawa dingin 4-zon dengan laci sejuk yang sebelum ini hanya terdapat pada T8.

Volvo XC90 T5 dikuasakan oleh enjin 2.0-liter 4-silinder yang menghasilkan 254hp dan 350Nm tork. Varian T8 pula dipacu oleh enjin sama, tetapi dibantu oleh motor elektrik dan ini memberikan jumlah output 407hp dan 640Nm tork.

Di sudut keselamatan, Volvo XC90 2020 kini dilengkapi bantuan stereng untuk Blind Spot Information System dan City Safety (dengan pengecaman pejalan kaki, penunggang basikal dan binatang besar).

Ciri Oncoming Lane Mitigation yang sebelum ini ada di XC60 juga kini diberi pada XC90, dan Rear Cross Traffic Alert kini ditambah dengan fungsi brek automatik.

Volvo XC90 yang dikemaskini hadir dalam tiga varian, iaitu T5, T8 Inscription dan T8 Inscription Plus yang masing-masing berharga RM373,888, RM399,888 dan RM409,888.

Lima warna ditawarkan iaitu Crystal White Pearl, Denim Blue Metallic, Onyx Black Metallic, Pebble Grey Metallic, dan Thunder Grey Metallic.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here