Renault Captur Trophy edisi terhad – crossover dengan gaya hot hatch!

1640

TC Euro Cars memperkenalkan Renault Captur Trophy edisi terhad. Ia menampilkan ciri unik seperti:

  • Warna Orange Trophy dari Megane RS yang ikonik
  • Bampar depan dan belaakng sporti dengan warna gun metal
  • Corak badan chequered flag 3D
  • Pintu belakang hands-free

 



Jentera edisi terhad ini juga ditawarkan tanpa sebarang kenaikan harga, iaitu RM107,980 (atas jalan termasuk SST, tanpa insurans).

Lima pelanggan bertuah akan berpeluang membawa pulang Renault Megane RS serba baharu selama sebulan! Fuh menarik! Siapa tak nak, bukan?

Renault Captur Trophy ini juga boleh didapati melalui pelan Renault Subscription. Di bawah Fixed Plan, ia boleh dimiliki dari RM1,499 sebulan (subscription dua tahun) atau RM1,699 sebulan (subscription satu tahun).

Seperti Renault Captur biasa, edisi terhad Trophy ini juga dipacu enjin TCe 120 turbo yang bertaraf Euro 6. Enjin dengan transmisi EDC dwi-klac 6-kelajuan ini kini menghasilkan tork yang dipertingkat iaitu 205Nm.

Ciri luaran standard adalah DRL LED berbentuk C, lampu kabus LED, dan lampu depan automatik dengan penggilap cermin pengesan hujan.

Di dalam, ia menampilkan tempat duduk gabungan kulit hitam, kulit di panel pintu, tombol gear direka semula dan panel pintu baharu.

Ia juga mendapat keyless entry, sistem infotainmen dengan skrin sesentuh 7-inci dan navigasi, internet serta Bluetooth, kamera undur, dan mod pemanduan ECO yang boleh menjimatkan sehingga 10 peratus penggunaan bahan api.

Ciri keselamatan pula adalah empat beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Hilll Start Assist (HSA), ABS dan Electronic Brake Assist (EBA) dan Electronic Brake-force Distribution (EBD).

Jentera ini ditawarkan dengan servis dan penyelenggaraan percuma sehingga 5-tahun atau 100,000km, yang mana dahulu. Jaminan 5-tahun pula adalah tanpa had perbatuan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Renault Captur Trophy edisi terhad, layari www.renault.com.my atau www.facebook.com/RenaultMalaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here