PKP: Hanya dibenar bergerak dalam radius 10km dari kediaman masing-masing

1937

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 2, rakyat Malaysia hanya dibenarkan bergerak dalam lingkungan 10km dari kediaman masing-masing, walaupun untuk tujuan membeli makanan atau ubat.

bergerak dalam radius 10 kilometer

Hal ini dinyatakan dalam syarat-syarat pergerakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.



Syarat itu menyatakan, jika seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan yang mempunyai jangkitan, mereka perlu ke tempat paling hampir dengan kediamannya sama ada untuk membeli makanan, keperluan harian, ubat atau barangan keperluan harian yang lain.

Syarat itu turut menyatakan, mereka tidak boleh disertai (ditemani) orang lain kecuali dengan alasan munasabah.

Bagi mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan dan perubatan pula, penduduk juga mesti bergerak dalam radius 10km, paling hampir dengan kediamannya dan tidak boleh disertai orang lain kecuali dengan sebab munasabah.

Dalam melaksanakan tugasan rasmi, akta itu menyatakan rakyat Malaysia perlu mengemukakan surat kebenaran daripada majikan, jika ia dikehendaki oleh seorang pegawai yang diberi kuasa.

Surat kebenaran itu juga perlu dikemukakan dalam melaksanakan tugasannya dalam apa-apa perkhidmatan yang perlu.

Memperincikan mengenai keperluan pergerakan untuk membeli makanan termasuk pengendali perniagaan, akta itu menyatakan ia perlu dijalankan secara pandu lalu, bawa pulang atau penghantaran sahaja.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here