Bermula pomen bikin motosikal moped, kini jadi pemilik syarikat kereta terlaju dunia – Christian von Koenigsegg

2835

Sekiranya anda ingin membina atau memulakan satu syarikat kereta, Christian von Koenigsegg adalah orang yang boleh menjadi sumber insiprasi dan rujukan anda.

Christian Von Koenigsegg
Christian Von Koenigsegg

Walaupun syarikat Koenigsegg hanya menghasikan sejumlah kecil supercar yang mahal seperti Jesko Absolut dan Gemera, tetapi mereka merupakan salah satu syarikat pembuat kereta yang masih bertahan dalam era moden pada masa ini.

“Ia hanya memerlukan kerja keras. Nasihat dari saya ialah tetap fokus, dan sudah tentu jangan berputus asa,” kata Christian von Koenigsegg.



Selain itu, Koenigsegg juga berkata seseorang perlu menguasai tugas harian dalam menjalankan perniagaan tanpa kehilangan fokus dalam mengejar impian masing-masing. 

Sementara berkata dia sentiasa terinspirasi oleh minatnya terhadap kereta, von Koenigsegg berkata dia memulakan syarikatnya ketika dia masih berumur 22 tahun.

“Saya mahu membuktikan kepada diri sendiri dan semua orang di sekeliling, jika anda benar-benar mahu melakukan sesuatu, anda boleh berbuat apa sahaja,” katanya.

Koenigsegg Absolut Jesko

Dia juga berkata bahawa dia menjangkakan akan ditertawakan oleh orang ramai, yang menjadikannya lebih bermotivasi untuk mendirikan syarikat tersebut.

Koenigsegg telah ditubuhkan pada tahun 1994 dan berjaya menghasilkan prototaip jentera pertama hanya dua tahun kemudian.

Walau bagaimanapun, model keluaran pertama syarikat ini iaitu CC8S, hanya mula dipasarkan pada 2002. Syarikat ini kini menghasilkan kira-kira 10 kereta pada setiap tahun, yang harganya memang pasti sekitar tujuh angka.

Koenigsegg Gemera

Syarikat dari China, Evergrande, yang juga mempunyai kerjasama dengan syarikat pembuat kereta elektrik iaitu NEVS, kini memiliki kepentingan sebanyak 20 peratus dalam Koenigsegg.

Baru-baru ini, Koenigsegg telah memperkenalkan inovasi teknikal seperti “Light Speed ​​Transmission,” yang menawarkan penukaran gear yang sangat pantas serta enjin FreeValve cam-less (tiada aci).

Koenigsegg juga telah memasuki industri kereta elektrik. Supercar terbaru mereka iaitu Gemera, mampu menghasilkan sehingga 1,700hp dan dilengkapi dengan enjin 3-silinder 2.0-liter twin-turbo yang disokong oleh motor elektrik.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here