Covid-19: Palsukan kematian untuk lepasi sekatan jalan raya di India

1247

Seorang penduduk di Kashmir, India dilaporkan telah memalsukan kematiannya untuk melepasi sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis dengan menaiki ambulans untuk pulang ke rumah.

sekatan jalan raya

Hakim Din yang berusia 70 tahun dikatakan sedang dirawat akibat kecederaan pada kepala di sebuah hospital di Jammu. Dia telah bersepakat dengan pemandu dan tiga lagi lelaki lain yang menaiki ambulans itu untuk memalsukan kematiannya bagi melepasi sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak berkuasa India.



Mereka dipercayai terperangkap setelah kerajaan India mengumumkan perintah berkurung di semua tempat. Din dan tiga lelaki lain tersebut ingin kembali ke Poonch, sebuah wilayah yang bersempadan dengan Pakistan.

Suprintendan Polis, Ramesh Angral berkata empat lelaki dan pemandu ambulans tersebut telah mengharungi perjalanan sejauh 160km dan melepasi banyak sekatan jalan menggunakan sijil kematian palsu dari hospital.

Ambulans tersebut bagaimanapun ditahan di sekatan terakhir sebelum mereka dapat pulang ke rumah dan pihak polis mendapati lelaki di sebalik kain di dalam kenderaan itu masih hidup.

Din kemudian ditahan dan dikuarantin secara berasingan, dan mereka semua akan ditahan atas tuduhan menipu dan menentang perintah larangan kerajaan India.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here