Renault Zoe E-Tech baharu lancar di Malaysia: Langganan bulanan bermula RM2,799

400

TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia melancarkan Renault Zoe 100% Elektrik baharu lengkap bersama harga dan spesifikasi, serta pelan langganan 12 hingga 36 bulan.  

Seperti yang diumumkan sewaktu prebiu tahun lalu, Renault Zoe baharu didatangkan dalam dua varian. Harga rasmi untuk varian asas Zoe R110 ialah RM165,000 di atas jalan tidak termasuk insurans. Zoe R135 pula dengan spesifikasi lebih tinggi berharga RM179,000 di atas jalan tanpa insurans. 



Dilengkapi bateri terkini Renault 52kWh, Zoe baharu menawarkan lebih kuasa sehingga 135 PS dan tork 245 NM, serta jarak perjalanan mencecah 395km mengikut piawaian WLTP. Di samping tempoh pengecasan 0-100 peratus yang mendahului kelasnya iaitu cuma tiga jam menggunakan pengecasan AC 22 kW. 

Mereka yang berminat untuk melanggan Zoe baharu boleh mendapatkan Fixed Plan menerusi platform Renault Subscription. Ada tiga pelan yang ditawarkan iaitu setahun, dua tahun dan tiga tahun dengan kadar bermula RM2,799 sebulan untuk Zoe R110 dan RM2,999 sebulan bagi  Zoe R135.

Langganan Fixed Plan Zoe R110 Zoe R135
3 Tahun RM2,799 Sebulan RM2,999 Sebulan
2 Tahun RM3,299 Sebulan RM3,499 Sebulan
1 Tahun RM3,799 Sebulan RM3,999 Sebulan

 

Ia menggunakan bateri Z.E. 50 generasi seterusnya yang sama dengan model terdahulu, tetapi mempunyai kapasiti tenaga lebih tinggi iaitu 52 kWh. 

Hasilnya, ia mampu menawarkan lebih kuasa dengan peningkatan lebih 20 peratus berdasarkan kepada piawaian WLTP – 395 km untuk Zoe R110 dan 386 km bagi Zoe R135 yang lebih berkuasa.

Kedua-dua varian itu menggunakan kotak gear satu kelajuan untuk menggerakkan roda hadapan, tetapi dengan konfigurasi motor yang berbeza. 

Zoe R110 dilengkapi motor berkuasa 80 kW yang menawarkan kuasa 110 PS dan tork 225 Nm. Angka itu membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam masa 11.4 saat dengan pecutan maksimum 135 km/j. 

Zoe R135 menerima motor 10 0kW yang berupaya menghasilkan kuasa 135 PS dan tork 245 Nm. Ia boleh memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 9.5 saat dengan pecutan maksimum 140 km/j.

Renault Zoe baharu menyokong pengecasan pantas sehingga 50 kW dengan sambungan CCS2 yang membolehkan pengecasan dari 10-80 peratus dalam masa 70 minit. Manakala pengecasan menggunakan AC Type 2 22 kW menawarkan 0-100 peratus dalam masa yang mendahului kelasnya iaitu hanya tiga jam. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here