Wanita bengang, rim dan tayar Proton Gen2 kena rembat dalam kawasan rumah

453

Seorang wanita berang apabila rim dan tayar kereta miliknya dicuri walaupun diparkir di dalam kawasan rumah yang lengkap dengan pengawasan pengawal keselamatan.

Sarah Hairul menerusi perkongsiannya di akaun TikTok berkata kejadian itu di luar dugaannya dan tidak sangka boleh berlaku kepada dirinya.

@sara_hairul

17/05/2023 kejadian tak diduga.. letak kereta dalam kawasan residen ingatkan selamat tapi rupanya tayar & rim kene rembat dengan pencuri… lagi sedih lepas da rembat rim & tayar.. bahagian yg die jack tu.. jatuh.. kereta abes kene tar.. skirting kereta habis.. bumber belakang habes,kerosakan bawah kereta tak tau macam mana lagi.. kalau da curi tu biarlah tingalkan dalam keadaan elok.. allahhuakbar.. dugaan sungguh.. minta viralkan kot kawan2 ternampak sape pencuri.. kite guna kuasa tiktok untuk mencari pesalah.. bila tanye guard untuk tngok cctv, die cakap .. hanya polis je boleh tengok cctv tu.. then guard juga bgtau, kecurian kereta atau ape2 tu tanggungjawab owner.. sedih tapi apakan daya.. dengan ekonomi gawat nie.. xtaulah nak rasa macam mana bila nampak kereta sendri macam nie.. lokasi #mentaricourt #tayarhilang #rimkenerembat #subang #blockG #dugaan

♬ Subhanallah Walhamdulillah – Risakhodija



“Kejadian tak diduga.. letak kereta dalam kawasan residen ingatkan selamat tapi rupanya tayar dan rim kene rembat dengan pencuri.

“Lagi sedih lepas dah rembat rim dan tayar, bahagian yang dia jack tu jatuh.. kereta abes kene tar.. skirting kereta habis.. bampar belakang habes,kerosakan bawah kereta tak tau macam mana lagi.

“Kalau da curi tu biarlah tinggalkan dalam keadaan elok.. allahhuakbar.. dugaan sungguh.. minta viralkan kot kawan2 ternampak sape pencuri.. kite guna kuasa tiktok untuk mencari,” tulisnya. 

Tambahnya, pihak pengawal keselamatan juga tidak memberikan kerjasama untuk melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

“Kite pon rasa benda yang sama.. pastu nape tak bagi kite tengok cctv.. die cakap nnti kami bg pada polis terus cctv jika ada,” katanya. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pandangan mengenai kes kecurian ini.

“Residen bukan ke tempat paling susah orang luar nak masuk…guard tak leh cakap macam tu…sebab tu tugas dia untuk memantau tempat tu…

“Saya pernah kena macam ni juga dulu..parking kat dalam kuarters polis..kt mana-manapn belum tentu selamat.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here