Perodua Myvi terbakar depan rumah, pemilik baru tukar kompresor AC

920

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah Perodua Myvi terbakar di depan sebuah rumah di Klang. Pemilik dikatakan baru mengambil keretanya dari sebuah bengkel.

Pemilik Syazani Harun berkongsi tragedi berkenaan di dalam grup Facebook DashCam Owner.



“Kereta baru keluar bengkel lantikan insurans saya. Beberapa minit keluar bengkel, sampai rumah, terbakar . Mohon bantuan, sesiapa yang boleh bagi pendapat untuk apa saya kena buat? Tuntutan apa yang saya boleh buat?,” tulisnya.

Buat masa ini punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba, bagaimanapun Syazani  memberitahu baru menukar kompresor pendingin hawa.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan belum ada maklumat dikongsikan daripada pihak bomba serta forensik setakat ini.

“Saya tukar kompresor penghawa dingin di bengkel tapi mekanik itu kata ia barangan terpakai, jadi saya tak tahu nak tuntut macam mana.

“Saya risau dan trauma juga kalau ada kemalangan jiwa melibatkan keluarga dan jiran di kawasan rumah. Cuma sekarang buntu untuk dapatkan tuntutan,” katanya kepada Majoriti.

Terkejut dengan insiden tersebut, pemiliknya, Syazani Harun masih trauma dan buntu dengan kejadian berkenaan yang sekaligus mengakibatkan kerugian buat dirinya.

Belum membuat sebarang tindakan setakat ini, pemilik kenderaan itu kini mahu menunggu laporan penuh daripada pihak bomba berkaitan punca kejadian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here