Digilis lori, pemandu Myvi patah tangan kiri

595
Seorang lelaki patah tangan kiri selepas Perodua Myvi dipandu terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di Lebuhraya MRR2 menghala ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur, petang semalam.
 
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.32 tengah hari melalui talian MERS999.
 
Sebanyak dua jentera FRT dan seunit EMRS dengan kekuatan anggota seramai 15 orang dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi dan Bandar Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian.
 
Menurut Komander Operasi, PBK II Mohd Fakhrusy Syakirin bin Mamat, kemalangan tersebut melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta Perodua Myvi dengan sebuah lori.
 
“Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa telah tersepit di bahagian pemandu dalam kereta Myvi dan mengalami kepatahan tangan kiri.
 
“Anggota Bomba bertindak menjalankan kerja-kerja penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaan tersebut. Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 1:11 petang dan kemudiannya di hantar ke HUKM Cheras dengan menaiki ambulans KKM,” katanya. 
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here