Misteri! Tiada siapa yang tuntut kapal layar mewah ini, bakal dilelong tidak lama lagi

5452

Jika mempunyai sedikit poket tebal dan mendambakan kapal layar, mungkin individu itu perlu ke negara pulau Antigua dan Barbuda di Caribbean.

Namun, ada perkara misteri yang berlaku di pulau berkenaan. Ini kerana sebuah kapal layar super 267 kaki yang ditinggalkan di pulau itu akan dilelong kerana tidak membayar sewaan dok.

Kapal layar bernama Alfa Nero itu berlabuh Pelabuhan Falmouth pada 18 bulan lalu. Bagaimanapun pada penghujung bulan lalu, seorang pegawai Antigua memaklumkan bahawa sesiapa yang memiliki kapal layar itu sudah kesuntukan masa untuk menuntutnya. Jika tiada siapa yang melakukannya, ia akan dijual, kata pegawai itu.



Baca juga >> Kapal layar pertama oligarki Rusia dilelong, harga bidaan dirahsiakan

Seperti superyacht lain di seluruh dunia yang dirampas ekoran pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, ia telah menaikkan bayarannya. Namun,misteri buat Alfa Nero, kerana tiada siapa yang tahu siapa pemiliknya.

Kredit Gambar Wikipedia

Dalam kenyataan kerajaan Antigua dan Barbuda, jutawan Rusia Andrey Guryev dikatakan disenaraikan sebagai pemilik kapal layar itu. Tetapi menurut peguamnya di London, kapal layar itu bukan miliknya.

“Seperti yang telah kami maklumkan kepada pihak berkuasa Antigua, Guryev tidak memiliki atau mengawal Alfa Nero dan hanya menggunakan kapal itu dari semasa ke semasa di bawah sewaan komersial sejak 2014,” tulis wakil undang-undangnya sebagai menjawab soalan daripada Bloomberg.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here