Tunaikan syarat anak 5-tahun ke sekolah, ibu beli G Wagon

1079

Sebelum ini, usahawan kosmetik yang mesra disapa sebagai Cik Na pernah tular gara-gara konten dengan sebuah Lamborghini.

Baru-baru ini, Farhana Zahra berkongsi di akaun TikToknya menghadiahkan sebuah Mercedes G Wagon sempena ulang tahun ke-5 anak perempuannya.

@farhanazahra91

Happy birthday Nur Fatima Az zahra yang ke 5 ❤️❤️❤️ happy dia dapat G Wagon yang dia nak, sampai dia asyik mintak nak pegang kunci je hahaha

♬ original sound – Farhana Zahra – Farhana Zahra



“Semoga asbab dari hadiah kereta impian fatima ni, fatima rajin ke sekolah,” tulisnya pada video.

Permintaan itu ditunaikan kerana anaknya itu enggan ke sekolah dan memberi pelbagai alasan antaranya pura-pura tidak sihat di samping belum cukup umur.

“Sekarang dia minta saya kereta BMW dengan G Wagon pula nak pergi sekolah.

“BMW saya tahulah, G wagon tu menatang apa weh,” tulisnya.

Mercedes-AMG G 63 dilancarkan di Malaysia sekitar 2018. Ketika itu harga jualan model berkenaan sekitar RM1.5 juta.

Ia dijana oleh enjin 4.0L V8 Biturbo petrol yang menghasilkan kuasa 585hp dan tork 850Nm bersama sistem transmisi AMG Speedshift TCT 9G. Pecutan dari 0-100 kmj mampu dicapai dalam tempoh 4.5 saat dengan kelajuan maksimum 220kmj.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here