Bengang bayar mahal, baru pandu 350km Mercedes-AMG G63 sudah rosak

23204

Seorang pemilik Mercedes-AMG G63 dari Hangzhou, China emosi apabila SUV yang baru sahaja dibeli bahkan odometer hanya mencapai 350km mengalami kerosakan.

Pemilik yang dikenali sebagai Shen itu memberitahu lampu amaran menyala dan setelah menghubungi pusat wakil jualan 4S dia mendapati komponen pam bahan api rosak dan perlu diganti.



Wanita itu tidak berpuas hati dan bimbang selepas baikpulih akan berlaku kerosakan lain yang berisiko mendatangkan bahaya. 

Lebih menyakitkan hati, SUV itu dibeli pada harga lebih mahal dengan tambahan harga hampir RM322,665. Susulan stok yang terhad, wakil jualan tempatan akan meminta pembeli ‘main’ harga.

Setelah mengira kos lain termasuk cukai Shen membayar sekitar RM2.2 juta untuk membeli G63 berkenaan.

Tidak terima dengan masalah yang dihadapi dan pelaburan wang yang besar, wanita itu meminta pusat jualan berkenaan mengembalikan wang tambahan yang sudah dibayar dan ganti rugi lebih daripada nilai kereta ketika memulangkan SUV itu.

Harga pengenalan Mercedes-AMG G63 ialah RM1.6 juta  di pasaran tempatan dan kerana permintaan yang tinggi dan stok terhad, pelanggan perlu meningkatkan harga bagi mendapatkan kereta itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here