“Lain kali tulis kereta Singapura sahaja,” TikToker kesal pusat cuci JB pilih bulu

9512

Pembukaan sempadan antara Malaysia dan Singapura menjana semula ekonomi perniagaan di Johor terutamanya.

Tambahan nilai mata wang yang tinggi memberi kelebihan kuasa membeli kepada warga Singapura. 



Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @ns.sams meluahkan rasa kesal apabila sebuah pusat cuci kereta sekitar Taman Pelangi, Johor Bahru dikatakan mengutamakan kenderaan pendaftaran Singapura.

“Tadi jam 11 malam lebih kitaorang datang sini nak cuci kereta lepas itu dari jauh staf dia dah jerit tutup, seorang lagi geleng kepala tak nak tengokpun, tak tolehpun.

“Sekarang dah 12 malam lebih kau buka pula, yelah kau nak ambil kereta plat Singapura, plat Malaysia mana kau nak layan,” luah wanita tersebut.

@nh.sams

Banyakk lagii aku nak bebel sebenarnyaa tapi tuu laa budak kecikk nii tak reti duduk diam dapat record sikit jee 😏 #johorbahru#fyp#fypシ゚viral#viraljohorbahru#sakithati

♬ Party Coy – KIYAU OYONG

Perkongsian wanita itu mendapat lebih daripada 25,000 tanda suka dan 488,400 tontonan. Netizen berpendapat peniaga boleh ‘ketuk’ harga bagi kenderaan Singapura kerana itulah mereka mengutamakan kereta negara jiran itu. 

Sementara itu, Aie Naqiela Halim turut berkongsi pengalaman sama di kedai berkenaan yang mana mereka menolak mencuci keretanya.

“Sama, kita park je cakap tutup kitaorang gerak eh boleh je ambik kereta Singapore, geram macam kita nak basuh free .. aku bayar kot,” katanya.

“Tempat ni memang, aku pakai Axia je dan aku yang paling awal sampai..ehh dia utamakan plat kuning yang datang lagi lambat dari aku,” kongsi seorang lagi pengguna TikTok, Lim Kenneth Sew.

@nh.sams

Replying to @ɯıʞɐɥ uɥoɾ Tiktokerss nii memanggg rajinn eaa 😂

♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop

Selain itu, alasan kedai tutup juga tidak munasabah memandangkan papan tanda kedai yang menunjukkan servis 24 jam.  

Susulan perkongsian tersebu, netizen memberi rating 1 bintang di Google sehinggakan carian pusat cuci kereta berkenaan tidak ditemui. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here