Pemandu tutup nombor plat isi RON95 didakwa esok

8

Pemilik kenderaan asing dari Singapura yang mengisi RON95 dengan menutup nombor pendaftaran pada awal Januari lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Kulai pada esok.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata pendakwaan terhadap lelaki berusia 63 tahun itu mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan lanjut terhadap pemilik kenderaan tersebut telah dijalankan dan didapati nombor pendaftaran kenderaan itu telah diubah,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, tular video berdurasi 1 minit 30 saat menerusi media sosial, yang memaparkan tindakan pemilik kenderaan Volkswagen Jetta berwarna perak, dengan nombor pendaftaran Singapura sedang mengisi RON95 di sebuah stesen minyak di Kulai.

Tan berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kulai menerima laporan berkenaan video tular itu pada 4 Jan lalu, kira-kira 5 petang.

Polis sebelum ini mengesahkan pemilik yang juga pemandu kenderaan itu merupakan pemegang status penduduk tetap (PR) republik itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here