“Murahje full tank Lamborghini tak mahalpun,” kongsi TikToker

2189

Niat untuk berkongsi harga tangki penuh supercar Lamborghini Huracan bertukar menjadi kecaman apabila netizen mempersoalkan tindakan wanita itu merakam menggunakan telefon pintar di pam minyak.

Pengguna Tiktok @farhanazahra91 itu berkongsi jumlah bayaran bagi tangki penuh supercar berkenaan adalah RM400 menggunakan minyak petrol V-Power.



“Berapa minyak full tank Lamborghini tak mahal murahje , jom saya nak tunjuk.

“Tak mahalpun u olls, RM400 lebihje minyak Lamborghini memang murah,” katanya. 

Harga seliter minyak V-Power berwarna merah adalah sekitar RM6.50. Sekiranya pemilik menggunakan RON95 harga setangki penuh Lamborghini 75 liter tidak mencapai hingga RM400.

@farhanazahra91

Murah je kan minyak LAMBORGHINI , boleh la pakat2 beli lambo , sebab minyak murah 😝😝😝😝

♬ original sound – Farhana Zahra – Farhana Zahra

Tindakan wanita itu dipertikaikan pengguna media sosial kerana mengambil ringan faktor keselamatan selain menganggap pemilik supercar itu ingin menunjukkan. 

“Tidak reti fikir bab keselamatan diri, orang lain dan premis minyak. Menyusahkan orang.”

“Bila pergi sekolah, tapi tidak tahu undang-undang. Di stesen minyak tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit.”

“Orang susah macam kami nak buh 15 ringgitpun terasa. Naik motor denga ekonomi la RM5 dua hari.”

“Lori treler isi minyak 700-800 tak ada pun ambil video. Niat tu perbetulkan.”

“Pam minyak tu fon simpan.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here