Lori klon kantoi lalu sekatan JPJ

1470

Dua buah lori yang mempunyai nombor pendaftaran sama ‘kantoi’ selepas secara kebetulan melalui pemeriksaan sekatan jalan raya pada waktu yang sama di Cameron Highlands semalam.

Dua buah lori jenis yang sama tersebut menggunakan nombor pendaftaran AKM 8276. Hanya warna badan membezakan kedua-dua lori tersebut iaitu hijau dan putih.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, berdasarkan pemeriksaan mendapati kedua-dua lori itu dipandu oleh warga asing yang tiada lesen memandu.



“Berdasarkan pemeriksaan mendapati lori putih adalah klon apabila nombor casis berbeza dan kedua-dua buah kenderaan itu menggunakan tanda badan milik syarikat yang sama.

“Kenderaan disita untuk siasatan lanjut dan JPJ mengeluarkan kompaun kepada kedua-dua pemandu terbabit kerana tidak mempunyai lesen memandu,” katanya.

Kenderaan berkenaan disita mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tujuan mengenalpasti identiti pemandu dan kenderaan terbabit.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here