CEO: Perodua Ativa Hibrid ditawarkan untuk langganan buat pelanggan terpilih

1085

Sebelum ini tular di media sosial beberapa keping imej Ativa Hibrid (D47B) di jalan raya. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad mengesahkan menawarkan 300 unit SUV tersebut kepada pelanggan terpilih.

Model CBU Jepun itu ditawarkan menerusi pakej langganan iaitu sewaan bulanan dan bukan untuk dijual. 



“Memang kita bawa masuk untuk kajian pelbagai peringkat pelanggan, kenderaan hibrid berbanding Ativa biasa.

“Tawaran ini hanya buat Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur yang melihat kepada keupayaan situasi trafik tinggi,” jelasnya.

Selain itu, keutamaan diberikan kepada pelanggan yang menempah Ativa namun masih belum terima kereta dan mereka akan mendapat surat tawaran daripada Perodua untuk langganan tersebut.

Jelasnya, langganan melibatkan komitmen lima tahun bersama had perbatuan 100,000km dengan bayaran pendahuluan RM2,150 dan sewa bulanan RM500 serta penyelenggaraan, cukai jalan ditanggung oleh Perodua.

“Mereka juga perlu bersetuju dipantau kerana kami meletakkan sistem telematik GPS, ini bagi membolehkan Perodua memantau cara pemanduan, jarak dan kelajuan pemandu,” jelasnya.  

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here